Thursday, 4 August 2016

PERSIAPAN KE TOKYO JEPUN 2017


PERSIAPAN SEBELUM BERTOLAK KE TOKYO JEPUN 2017

hi uolls..entry ringkas ini hanya nak chit chat tentang persiapan saya sebelum ke Tokyo pada tahun hadapan..yeayy..dalam busy2 kerja tu..sempat lagi uolls saya intai blog2 yang dah pernah ke Tokyo untuk menceduk ilmu sedikit sebanyak dari mereka apa yang betul2 perlu diberi perhatian. Semangat waja uolls..hahaha..biasalah..kalau boleh takmo ada masalah dikemudian hari. Maceh sumer...hihi..ada beberapa perkara penting yang perlu saya highlight kat sini..



Passport

Tentang passport pula saya telah renew sebelum ke Korea Selatan itu hari (2015)..untuk tempoh lima tahun..RM200.00 so masih valid digunakan..yeayy dah jimat duit i...kurang satu kerja untuk nak merenew aje kan..lagipon dalam tempoh lima tahun ni..memang nak travel aje..so takla rugi sangat kos buat passport tu..Visa pula..untuk memasuki negara Jepun sudah tidak perlu pakai visa...suka x3...




Itinerary/Jadual/Tarikh Bercuti

Oleh kerana trip kali ni saya amik pakej /tour agent jugak..so saya tak perlu pening untuk merangka jadual trip selama bercuti di sana.  Saya dipahamkan sebelum membayar deposit trip ni semua kos yang saya bayar sudah cover semua (all in) untuk ticket flight, makan, penginapan dan sebahagian ticket masuk ke tempat lawatan..oleh kerana tergoda dengan harga yang ditawarkan saya pon grab la pakej ni.  Sebelum tu saya sudah memikirkan pelbagai perkara sebelum memutuskan untuk join untuk trip ini ( paling penting tentang tarikh trip-sesuai dengan situasi kerja/tidak?) Harap2 tiada aral yang melintang..satu lagi sila semak dengan teliti jadual/itinerary sebelum bertolak dengan mencari maklumat tempat lawatan tersebut. Apa yang menarik di situ, apa yang menarik di tempat lain tetapi tiada di dalam jadual lawatan.  Ini penting uolls so kite boleh mencadangkan kepada pihak tour agent untuk menyusun semula jadual lawatan mengikut kepuasan hati kite. Buat apa bayar mahal2 tapi tak dapat pergi ke tempat yang kite nak pergi kan?kena bijak uolls. Pengalaman telah mengajar saya jika boleh sila google tempat2 menarik jika ada waktu free kite boleh melawat tempat tersebut tanpa tour guide untuk memaksimumkan waktu bercuti kite tu..tak lah rugi bayar pakej tapi banyak masa rehat dalam hotel..baik x yah melancong cenggitu kan...




Makanan

Saya ada baca di dalam banyak blog ke Jepun bahawa kos makan di Jepun agak mahal di mana mana local restaurant..ini yang ni saya tak gumbira ni..hahahaha..so saya harus memikirkan kos makan sampingan- on the go (pakej makan hanya disediakan untuk hari 2, 3 dan 4) dan ada hari yang cuma sedia untuk dinner dan breakfast sahaja..untuk lunch pandai2 lah..oleh sebab saya tak suka makanan jepun..dan harus memikirkan untuk membawa stok makanan sendiri dari Malaysia atau membeli apa yang saya suka makan disana nanti..if not bertabahlah..makan ala kadar jika tekak tak boleh terima makanan Jepun. Sobs sobs..disamping itu saya perlu berjimat untuk mengurangkan kos-kos sampingan seperti membeli air minuman. Saya harus sentiasa membawa botol air kosong untuk refill di tempat2 yang boleh refill) yeayyy..so duit jimat boleh beli soping benda lain yang kite suka..nak coffee2 of coz..bajet cheapskate sangat kan buat benda2 gini..hahaha..bukanlah nak berkira sgt..hobi travel2 ni memang makan duit ribu riban atas satu2 negara..Jepun ni uolls (paham2 la.) beras 10kg disana pon paling murah(beras x kualiti) rm60 malaysia (contoh perbandingan harga beras).haaaa..kenalah sedikit sebanyak berjimat mane yang boleh jimat tu..banyak lagi benda lain nak kena pikir..kos merapu rapu yang lain (miscellaneous)...tak termasuk nak beli payung jika tetiba hujankan..




Kos Baggage

Saya bercadang untuk tidak membeli/membayar kos kepada travel agency saya...haha..tapi boleh ke? So saya harus bawa luggage yang kecil sahaja untuk hand carry..Oleh kerana saya akan pergi pada musim panas saya rase boleh melakukannya..haha..kerana tidak perlu membawa pakaian yang tebal seperti musim winter (bawa yang nipis2 aje ) dan tidak melebihi 7kg untuk lepas hand carry..(pendapat saya benda ni depends pada cara hidup seseorang itu. Jika anda seorang yang simple dalam berfashion..so tidak perlu bawa handbag, kasut berjenis2 or whatever..kan dah kurang berat luggage tu..(pengalaman mematangkan saya..hahaha..sebelum ini saya banyak bawa baju berlebihan semasa becuti..memenatkan aje dan memberatkan bag aje.sebelum ni bawa penggulung rambut bagai..huhh pasni tak payah!tak ke menambah berat tu..charger lagi..tavel adapter untuk di jepun jgn lupa..saya ingat nak bawa travel cooker nak masak2 makanan saya..ni pon kena pikir berat luggage...boleh ke tidak..Semua personal care bawa yang saiz kecil2 aje..comel2 aje..eh kate nak hand carry kan?yakin boleh! tapi takot bile return bag beranak pinak pulak..ermm..shopping beria ria?No!





Kasut

Kenapa saya menekankan perkara terhadap kasut ni? Sepanjang kite bercuti sepanjang hari kite keluar berjalan..keluar pagi balik hotel dah malam. Pengalaman sebelum ini, saya telah mengalami kaki yang kejang kerana terlalu banyak berjalan. Oleh itu, saya harus mencari kasut yang selesa yang boleh menampung berat badan untuk bergerak laju..barulah betis dan tapak kaki tidak sakit. Trip kali ini akan banyak menggunakan public transport dan mungkin akan meletihkan saya dan membantutkan mood saya dan tidak berapa menggembirakan saya.(nak pakej mak2 datin kalau boleh).tapi pasal bercuti saya akan harungi juga hihi..Thats why pakej murah..sebab banyak guna public transport kan..Jepun adalah negara yang kos sara hidup tinggi, so dengan harga pakej yang saya dapat..saya rasa iyanya agak berpatutan untuk saya travel ke Jepun yang saya rasa tidak mampu sebelum ini. Dalam itenerary juga ada menyatakan akan melawat ke Mount Fuji (day trip) saya perlu membeli kasut yang tapaknya yang sesuai untuk aktiviti ke Mount Fuji.Gila apa nak pakai pump shoes ke..wedges ke..hahaha..





Duit Belanja/Budget

Ini yang paling penting uolls..jika tak berduit camner lah kiter nak bercuti..ye idokk..Kite perlu sediakan budget secukupnya dan bergantung kepada niat/cara anda berbelanja.  Jika saya sudah melunaskan semua bayaran kepada pihak agency, saya hanya perlu membawa duit untuk soping dan perkara-perkara emergency sahaja di Jepun nanti.  Jika anda bergerak secara backpacker anda harus menyediakan budget yang lebih untuk perkara2 emergency dan jika semua dirancang dan sudah dibayar maybe takda masalah sangat jika perbelajaan tersasar sedikit dari perancangan asal. Tugas paling penting, sentiasa check rate tukaran wang untuk mengetahui bila yang sesuai untuk menukar ringgit ke yen atau dalam dolar kerana saya tidak pasti di Jepun nanti pihak Money Changer boleh menerima ringgit anda ataupun aktifkan atm di bank sebelum bertolak ke Jepun nanti untuk tindakan persediaan jika berlaku ketidakcukupan wang. Tapi macam saya bergerak dalam kumpulan (keluarga)..xda masalah boleh pinjam meminjam dulu..hihi selesai masalah..saya tak pernah aktifkan atm pon..(rahsia terbongkar dok canang gini gini tapi diri sendiri x buat pon)





Insuran 

Actually insuran perjalanan harus ada/buat..tapi saya sendiri pon tak pernah apply haha..berlagak plak nak cite hak insuran ni..Sepanjang berjalan sana sini saya tak pernah buat pon dan mentaliti kite hanya berpikir dan berharap jangan ada apa2 yang tidak diingini berlaku. Sebenarnya memang harus apply insuran ni, lagi2 jika seorang pegawai kerajaan kerana jika berlaku apa2 yang tidak diingini sekurangnya kite ada hak menuntut sesuatu (dilindungi) walaupon kite berada dalam alam percutian/honeymoon dan bukan dalam tugas rasmi. Saya ada baca tak mahal pon insuran ni..atau boleh apply sendiri melalui laman web(blaja lah) atau apply melalui pembelian ticket pon boleh contoh melalui AA..atau paling mudah inform saja kepada travel agency untuk uruskan insuran tersebut (just bayar saja tapi mahal skit) atau berkunjung ke syarikat2 insuran yang kite suka untuk apply..banyak cara uolls.





Bahasa Jepun Yang Mudah/Perkataan Asas

Ini pon penting juga uolls..untuk kite gunakan semasa nak communicate beli barang ke apa nak greeting someone ke kan. Saya akan google beberapa perkataan yang mudah dalam bahasa Jepun untuk menghafal. Contoh perkataan mudah ialah Terima Kasih/Apa Khabar/Selamat Pagi/Jumpa lagi/Selamat tinggal ..gitulah..kekdahnya..kawan2 oiii..hihi..semangat tak saya nak gi Jepun ni? Paling penting ayat..nak soping..boleh kurangkan harga?hahaha..ni yg saya blaja ni..






sekian, saya rase banyak lagi pekara lain tapi ini yang saya rase asas yang perlu diberi perhatian..paling penting passport dan duit kan..xda passport x dpt naik flight,x sampailah ke Jepun,dah ada passport ada duit semua boleh jadi..tak rancang pon x mengapa asalkan ada duit boleh pergi kemana sahaja..

tata..tq for reading...







No comments:

Post a Comment